Tampilkan postingan dengan label mayat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mayat. Tampilkan semua postingan
Minggu, 23 Februari 2014
Kejam lelaki bunuh dan potong mayat ibu kandungnya
March 1 2013
Seorang lelaki di Amerika Syarikat tergamak membunuh dan memotong mayat ibu kandungnya sendiri.
Lelaki itu, Bashid McLean (23 tahun) dituduh oleh pendakwa telah melakukan pembunuhan dan memotong jasad ibu kandungnya sendiri.
Potongan mayat ibu Bashid McLean ditemukan oleh anjing pelacak polis di sebuah Stadium Yankee di Bronx, Selasa (26/2), polis mengatakan yang dia menemui beberapa potongan tubuh mayat kepala, kaki, dan tangan.
Selain Bashid McLean ternyata masih ada lelaki lain yang menjadi tertuduh di dunga lelaki ini bertugas membantu McLean untuk menyembunyikan potongan-potongan tubuh mayat yang sudah di potong.
Polis masih belum boleh mengungkap motif dari pembunuhan kejam anak terhadap ibu kandungnya sendiri ini namun ada dugaan yang sang anak punya dendam terhadap ibunya kerana dimasukkan ke dalam pengasuhan anak, sementara ibunya berjuang dengan masalah dadah.

Kamis, 06 Februari 2014
Video Mayat Rentung Di Masjid Al Iman Kaherah

Pernah anda melihat mayat mangsa peperangan?
Bukan sahaja mayat mangsa tembakan, malah terdapat juga mayat yang terbakar.
Itulah hakikat sebenar yang berlaku di Mesir.
Mungkin sebelum kita didedahkan dengan rakaman-rakaman video serta gambar keadaan ‘on ground’, iaitu tindakan kejam polis dan tentera Mesir terhadap penyokong Bekas Presiden, Mohamed Morsi.
Tetapi kita tidak tahu dimana mayat-mayat mangsa dikumpulkan.
Sebuah syarikat media online, VICE telah ke kawasan pergolakan iaitu di sekitar Kaherah dan Alexandria.
Tidak seperti media arus perdana lain yang memfokuskan keadaan di pusat-pusat penunjuk perasaan, VICE lebih memfokuskan keadaan mayat serta keluarga mangsa yang berhimpun di masjid-masjid sekitar Kaherah.
Video yang dimuat naik oleh VICE pada 17 Ogos lalu menunjukkan puluhan malah cecah ratusan mayat yang dihimpunkan di dalam Masjid Al-Iman di Kaherah.
Ahli keluarga mangsa yang meratapi mayat dilihat berada dalam keadaan tidak tentu arah.
Hanya air mata mampu mengiringi pemergian orang yang mereka sayangi.
Jelas kelihatan tembakan pada badan serta kepala beberapa orang mayat.
Malah, terdapat juga mayat yang hangus terbakar yang pastinya sukar untuk dibuat pengecaman oleh ahli keluarga.
*AWAS! Video ini menunjukkan keadaan sebenar mayat dalam serangan yang berlaku di Kaherah yang memungkinkan anda terkejut.
Saksikan video tersebut.
Oleh: HARITS ASYRAF

Langganan:
Postingan (Atom)