Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Sgor peruntuk RM1 68 juta bantu 150 000 ibu tunggal

Harakahdaily, 18 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Dijangkakan seramai 150,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mendapat manfaat bantuan kebajikan dengan pelancaran program terbaru Jom Shopping Ibu Tunggal yang diperkenal Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sejumlah RM1.68 juta untuk tujuan itu.

Menurutnya, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dalam mengembalikan tinjauan negerui kepada rakyat.

“Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang pendapatan, maka kerajaan negeri perlu bijak menguruskan wang jom shopping kepada ibu tunggal," katanya ketika merasmikan program itu di Pasaraya Giant Kota Damansara kelmarin.

Untuk program Jom Shopping Ibu Tunggal ini, mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor layak untuk memohon.

Permohonan boleh dikemukakan dengan mendaftar di Pusat Khidmat Dun atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa.

“Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat,” katanya dipetik Selangorku.

Dalam program tersebut kelmarin, seramai 150 ibu tunggal yang terpilih daripada sembilan Dun di negeri ini menjadi kumpulan pertama yang menikmati inisiatif tersebut.

Mereka adalah dari DunBatu Tiga, Kota Anggerik, Taman Medan, Meru, Seri Setia, Paya Jaras, Bukit Lanjan, Gombak Setia dan Kota Damansara.

Mereka dibawa membeli belah barangan keperluan di pasaraya terbabit dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isteri Puan Sri Salbiah Tunut.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas.
Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Kejam lelaki bunuh dan potong mayat ibu kandungnya

anak mutilasi ibu 
Seorang lelaki di Amerika Syarikat tergamak membunuh dan memotong mayat ibu kandungnya sendiri.

Lelaki itu, Bashid McLean (23 tahun) dituduh oleh pendakwa telah melakukan pembunuhan dan memotong jasad ibu kandungnya sendiri.
Potongan mayat ibu Bashid McLean ditemukan oleh anjing pelacak polis  di sebuah Stadium Yankee di Bronx, Selasa (26/2), polis  mengatakan yang dia  menemui beberapa potongan tubuh mayat kepala, kaki, dan tangan.

Selain Bashid McLean ternyata masih ada lelaki lain yang menjadi tertuduh di dunga lelaki ini bertugas membantu McLean untuk menyembunyikan potongan-potongan tubuh mayat yang sudah di potong.

Polis  masih belum boleh mengungkap motif dari pembunuhan kejam anak terhadap ibu kandungnya sendiri ini namun ada dugaan yang sang anak punya  dendam terhadap   ibunya kerana dimasukkan ke dalam pengasuhan anak, sementara ibunya berjuang dengan masalah dadah.
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya

Rompin: Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

MOHD Arsyad ditenangkan Zaharah.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.


“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba. 

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.
Read More..