Selasa, 25 Februari 2014
Jin Arab Saudi Ada Akaun Twitter
18 Julai 2013

Jagat maya di Arab Saudi sedang dihebohkan keberadaan sebuah akaun Twitter yang pemiliknya mengaku merupakan jin--boleh percaya, boleh tidak. "Nyata dan ini seorang jin yang baik," demikian ditulis si pemilik akaun dengan ID @S_2017_s ini, "Ana Jini Haqiqi (saya jin asli)."
Lebih lanjut akaun tersebut menulis, “Orang-orang berfikir saya berpura-pura dan saya hanya manusia … sebenarnya, saya seorang jin yang benar dan anda akan melihat keajaiban pada masa depan di dalam akaun saya.” Dalam bio-nya, akaun itu juga menegaskan bahawa dia adalah jin baik yang ingin bersaudara dan bersosialisasi dengan manusia. Dia juga mengaku tinggal di sebuah rumah kosong di Saudi.
Harian Daily Ajel yang menerbitkan berita ini juga mengatakan bahawa seorang pembaca mencuba menghubungi akaun itu dengan mamakai nama samaran. Tapi secara mengejutkan, akaun jin itu dengan cepat membeberkan jati diri orang yang berusaha mengelabuinya. “Dia menyebut nama lengkap saya dan tempat tinggal saya. Saya benar-benar terkejut dan langsung memanjatkan doa,” kata orang itu.
Hingga Rabu, 17 Julai 2013, akaun jin itu sudah menggaet sekitar 179 ribu followers dari seluruh dunia dan telah berkicau sebanyak 300 kali. Yang lebih menarik, dalam akaun tersebut, “si jin” sempat mengunggah foto beberapa tempat yang katanya diambil sekitar 100 tahun silam.
Artikel mengenai akaun jin ini juga dimuat oleh web Emirates274.com. Dan sejumlah pembaca mengaku tidak yakin dengan keaslian akaun tersebut. “Apakah mereka sudah punya kamera untuk foto berwarna sejak 100 tahun silam?” komentar seorang bernama Mav.
Kocaknya lagi, dijelaskan pula bahawa dia merupakan jin pertama yang menggunakan Twitter. Baru berkicau 300 kali hingga Rabu, 17 Julai 2013, akaun "jin" ini sudah menggaet sekitar 179 ribu followers.

Related Posts : ada,
akaun,
arab,
jin,
saudi,
twitter
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar