Jumat, 07 Februari 2014

Akta Kanak Kanak bakal dipinda


SERDANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melaksanakan pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 sebagai usaha memperkasa hak golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, beberapa rang dalam akta berkenaan bakal diganti ataupun dipinda namun menanti keputusan Peguam Negara untuk memutuskannya.

"Ini termasuk penubuhan akta baharu Perlindungan Kanak-Kanak Atas Talian (Online) 2014. Setakat ini kita mansuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah kanak-kanak dan naikkan kadar denda,” katanya ketika sidang media selepas Program Kunjungan Kasih di Wad Pediatrik, Hospital Serdang.

Program itu bagi meraikan kanak-kanak yang tidak dapat menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Kebangsaan 2013, pada 11 November ini bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

Dalam perkembangan sama, Rohani memaklumkan akta itu perlu diberikan nafas baharu dan sesuai dengan peredaran masa apatah lagi ancaman keselamatan terhadap kanak-kanak di negara ini berada dalam keadaan membimbangkan dan perlu perubahan besar.

Dalam perkembangan lain, Rohani memaklumkan Taska Taman Melati yang dilaporkan terlibat kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini,  disita pada jam 4 petang, semalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar